fbpx

JUNE 2022 FREE GIFT: NIGHTWEAR DRESS (FREE SIZE) FOR ANY PRODUCT PURCHASE RM250 & ABOVE.
*WHILE STOCK LAST

5 Cara Manjakan Diri dengan Buat Spa di Rumah (Yang Keempat Paling Mudah!)

setup spa di rumah

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Pandemik yang melanda sejak tahun 2019 sememangnya memberikan impak yang besar dalam kehidupan semua orang, tidak kira di Malaysia atau di luar negara. 

Virus Covid bukannya sesuatu yang kita boleh nampak dengan mata kasar jadi kita tak tahu siapa yang sudah dijangkiti. 

Memang patut pun kita ambil langkah berjaga-jaga dalam setiap perkara yang kita lakukan sekarang. 

Dan perkara ini memberikan tekanan yang tinggi kepada semua pihak kerana banyak perkara yang dulunya kita boleh nikmati, sekarang perlu lakukan dengan berhati-hati termasuklah ke spa. 

Kalau kita tak boleh pergi spa, kita bawa spa ke rumah! Kami akan kongsikan macam mana nak buat spa di rumah sendiri.

 

Risau Untuk Ke Spa Pada Musim Pandemik?

Kalau sebelum ini, salah satu cara untuk hilangkan stres adalah dengan kunjungi ke salon kecantikan dan spa. 

Tetapi pada masa sekarang agak sukar lebih-lebih lagi pada musim Covid-19 ini. 

Zaman pandemik ini, walaupun banyak perniagaan sudah beroperasi seperti biasa tetapi ramai yang memilih untuk tidak ke spa atas dasar keselamatan dan kesihatan diri. 

Tetapi apabila kita tak dapat lakukan perkara yang kita selalu lakukan untuk hilangkan stres, ini boleh menyebabkan kesihatan mental kita merudum. 

Namun, tahukah anda bahawa anda boleh mewujudkan suasana seperti spa ketika berada di rumah? 

Caranya mudah sahaja, ikut tips di bawah! 

 

Cara Buat Spa di Rumah

  • cara buat spa di rumahRuang ‘spa’ anda

Yang pertama sekali, anda mestilah pilih satu ruang yang selesa, kemas dan bersesuaian untuk anda bina spa anda sendiri. 

Tak kira di mana pun ruangan tersebut, bilik sendiri, bilik tetamu atau ruang tamu, asalkan anda selesa dan ianya sesuai. 

Selepas dah pilih tempat yang sesuai dan selesa, tiba masanya untuk make over ruang tu jadi mini spa anda! 

Anda boleh pasang lagu yang menenangkan, kurangkan keterangan cahaya lampu dan nyalakan lilin aromatherapy atau diffuser dengan essential oils.

Untuk dapatkan feel seperti di spa, anda boleh hiasi ruangan dengan tumbuhan kecil, tuala, dan juga minyak pati. 

  • Rancang sesi spa anda

Pelbagai aktiviti yang boleh dirancang berdasarkan aktiviti di spa yang sebenar.

Empat aktiviti yang paling popular di kebanyakan spa ialah urutan khusus, rawatan wajah, rawatan tubuh, dan makeover.

  • Rawatan wajah 

rawatan wajahAnda boleh dapatkan hasil rawatan wajah yang sama seperti di spa dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang anda ada di rumah.

Lakukan rutin penjagaan kulit anda seperti biasa tetapi dalam suasana spa rumah anda.

Cara-caranya adalah seperti berikut: 

  1. Mulakan dengan membersihkan muka menggunakan pencuci muka milik anda. Setelah itu, buang sel-sel kulit mati di wajah dengan menggunakan face scrub.
  2. Lap muka secara lembut dengan menggunakan tuala wajah.
  3. Untuk rawatan stim muka, anda perlu mendidihkan air terlebih dahulu. Letakkan air mendidih suam itu ke dalam bekas sederhana besar.
  4. Kemudian, letakkan bekas yang berisi air tersebut berdekatan wajah anda. Lakukan rawatan stim ini selama 15-20 minit.
  5. Setelah itu, anda perlu menggunakan masker wajah dan diikuti dengan toner dan pelembap muka.
  • Rawatan tubuh 

Salah satu rawatan ala-ala spa yang anda boleh lakukan di rumah adalah skrub badan. 

Rawatan skrub badan adalah amat digalakkan kerana ia membantu untuk membuang kulit-kulit mati. Ia dapat memberikan hasil kulit yang lebih cerah dan mulus. 

Terdapat banyak jenis skrub di pasaran tetapi yang paling selalu digunakan di spa ialah skrub garam Himalaya. 

Untuk itu, anda boleh dapatkan Himalayan Salt Scrub Razowa yang sememangnya berkualiti tinggi dan kaya dengan mineral-mineral yang baik untuk kulit dan badan. 

hilamalayan salt digunakan sebagai rawatan tubuh ketika spa di rumahSelain itu, garam Himalaya Razowa ini mempunyai banyak kegunaan lain seperti air mandian dan air rendaman kaki. 

Garam Himalaya baik untuk proses detox kulit, pelancaran darah, bantu masalah urat tegang dan regangan otot jika digunakan sebagai air mandian. 

Jika digunakan sebagai air rendaman kaki, garam in boleh melegakan sakit kaki, kurangkan bau dan tanggalkan sel kulit mati. 

spa di rumah tidak lengkap tanpa aromatherapy massage oil razowaNak lagi ekstra, campurkan Garam Himalaya Razowa bersama beberapa titis Aromatherapy Massage Oil Razowasebagai skrub muka dan badan. 

Minyak ini diperbuat daripada essential oils dan ekstrak tumbuhan yang mempunyai pelbagai manfaat seperti melembapkan kulit, merawat tumit pecah dan kutikel kering. 

  • Makeover diri

Alang-alang ada spa mini di rumah, makeover sampailah ke hujung kaki! 

Biasanya di spa akan ada menicure dan pedicure, anda pun boleh lakukannya di rumah dengan Homey Pedicure Set (Pampering) Razowa!

Set ini mengandungi 1 unit foot file, 2 unit nail file, 1 unit Himalayan Salt Scrub & Bath dan 1 unit Lemongrass Massage Oil. 

Jika anda dapatkan set ini, anda dah boleh terus dapatkan skrub dan massage oil! 

Berbaloi bukan?

Razowa turut memberikan pilihan set pedicure mencerahkan kulit iaitu Homey Pedicure Set (Brightening). 

Bezanya, anda akan dapat Brightening Scrub, bukannya Himalayan Salt Scrub. 

Tujuan pedicure adalah ia akan membantu rawat tumit pecah, melembutkan kulit kasar, mencerahkan kulit dan rawat kutikel kering. 

Caranya amat mudah, campurkan 3-4 sudu besar skrub pilihan anda di dalam besen yang mengandungi air suam dan rendamkan kaki selama 10-15 minit. 

Kemudian, lapkan kaki anda dan gunakan foot file untuk menghilangkan kulit kasar pada kaki terutamanya di tumit dan buku lali dan kemudian skrub kaki anda dengan lembut. 

Seterusnya, potong dan ratakan kuku anda diikuti dengan urutan kaki dengan massage oil. 

Ya, sangat mudah dan menyeronokkan!

Jadi tunggu apa lagi?[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_btn title=”Bawa Spa Ke Rumah Anda dengan Razowa!” shape=”round” color=”warning” align=”center” link=”url:https%3A%2F%2Frazowa.com%2Fproduk%2F|target:_blank”][/vc_column][/vc_row]