fbpx

Selulit Teruk; Ini Punca dan Cara Instant Hapuskannya!

selulit

Anda yang sedang membaca artikel ini semestinya penat menghadapi selulit degil yang agak susah dibuang.

Kami tahu dan faham betapa frust-nya anda, jadi jom kami kongsikan kepada anda cara efektif dan terbaik supaya anda boleh say bye-bye kepada selulit.

Fahami Selulit

Beberapa pihak berpendapat selulit hanyalah lemak, manakala ada yang berkata selulit terdiri daripada toksin terperangkap dan air yang berlebihan di bawah kulit.

Tapi, salah!

Selulit sebenarnya keadaan yang memberi impak kepada rupa kulit di kawasan yang terdapat deposit lemak (lebih-lebih lagi di punggung dan paha).

Selulit sering memberikan penampilan berlekuk dan berketul-ketul di permukaan kulit.

Lemak tidak akan membuatkan selulit yang berketul dan berlekuk. Bahkan, cuba lihat di pipi yang tembam, di situ juga ada lemak tetapi tidaklah berlekuk seperti selulit di punggung.

Jadi, apa yang membezakan lemak “normal” dan selulit?

Selulit adalah struktur kulit di atasnya dan tisu penghubung di bawah yang menentukan sama ada sesuatu kawasan mempunyai penampilan licin atau berlekuk.

Individu Yang Kerap Mengalami Selulit

selulit

“Kenapa lelaki jarang nak ada selulit eh?”

Jawapannya adalah kerana wanita lebih kerap menghidapi selulit disebabkan wanita mempunyai tisu penghubung yang lemah dan sel lemak yang lebih besar.

Kedua-dia ini ditentukan oleh hormon wanita itu sendiri.

Kajian di luar negara membuktikan kenyataan ini ke atas 20 lelaki dan 20 wanita yang berumur 36-92 tahun.

Kajian ini mendapati wanita mempunyai 34% fiber kolagen lebih rendah dan 57% lobus lemak yang lebih besar di lapisan kulit mereka, berbanding daripada lelaki.

Bukan itu sahaja, lebih tinggi BMI wanita, lebih tinggi risiko untuk menghidapi selulit.

Jadi, tidak asing bagi wanita untuk mendapat selulit, lebih-lebih lagi berat badan semakin bertambah. Diingatkan juga badan kurus pun boleh mendapat selulit.

Punca Terjadi Selulit

1. Genetik

genetik

Genetik memainkan peranan penting dalam menentukan kerentanan anda terhadap selulit.

Jika keluarga anda mempunyai sejarah selulit, anda berkemungkinan besar mengalaminya sendiri.

2. Perubahan Hormon

perubahan hormon

Turun naik hormon, seperti semasa mengandung atau menopaus, boleh mencetuskan pembentukan selulit.

Hormon boleh menjejaskan keanjalan kulit anda dan cara pengagihan lemak.

3. Gaya Hidup dan Diet Tak Seimbang

selulit

Diet yang tinggi dalam makanan yang diproses, gula yang berlebihan, dan kekurangan aktiviti fizikal boleh menyumbang kepada selulit.

Mengekalkan diet seimbang dan kekal aktif boleh membantu mencegah dan mengurangkan penampilannya.

4. Umur

selulit

Tambahan pula, selulit didapati cenderung untuk dihidapi selari dengan pertambahan usia.

Kajian ini mendapati lelaki dan wanita mempunyai lapisan dermis yang lebih nipis seiring bertambahnya umur.

Gabungkan pengumpulan lemak cetek secara beransur-ansur ke dalam lobus lemak yang dinyatakan di atas dan terhasilnya kejadian selulit apabila lanjut usia.

Sekarang kita tahu puncanya, jom kita lihat cara berkesan untuk menghilangkan selulit yang teruk.

Artikel Berkaitan; Dapatkan Bentuk Badan Ideal dengan Bengkung Razowa

6 Cara Efektif Merawat Selulit 2023

1. Bersenam

bersenam

Bersenam cara efektif untuk membakar lemak di badan.

Ia tidak akan serta-merta membuatkan selulit hilang, tetapi senaman akan membina otot di area lemak tersebut dan menampakkan permukaan kulit lebih rata.

2. Makan Raw Food

selulit

Lebihkan makanan fiber – bijirin penuh, buah-buahan, dan sayur-sayuran – dan bukannya makanan “kosong” berkalori.

Karbohidrat ringkas atau refined carb yang terdapat dalam banyak roti,, gula-gula dan minuman ringan akan menambahkan kalori.

Kalori ini akan diserap ke lemak, terutamanya di bahagian peha dan punggung, seterusnya membentuk selulit.

Jadi, elakkannya ya makan makanan ini terlalu kerap.

3. Kurangkan Berat Badan

selulit

Kurus atau gemuk, anda boleh mengalami selulit.

Tapi, pertambahan berat badan lebih sering menjadikan selulit jelas kelihatan.

Jika anda mengalami berat sebegini, jalan terbaik adalah kurangkan berat badan.

Cuba turunkan berat badan secara perlahan-lahan. Anda mungkin boleh mencuba diet defisit kalori atau calorie deficit.

4. Buang Tabiat Merokok

tabiat merokok

Setiap sedutan menjejaskan bekalan darah ke kulit anda.

Ia menjadikan kulit lebih nipis dan lebih cenderung untuk mengendur.

Ini menjadikan selulit pada lengan, peha, dan bawah anda lebih kelihatan.

Tanya doktor anda kaedah berhenti merokok yang terbaik untuk anda.

5. Urutan Di Selulit

Luangkan beberapa minit tambahan setiap hari dengan mengurut kawasan ini.

Gunakannya semasa mandi atau semasa menggunakan losyen.

Urutan ini meningkatkan aliran darah dan menghilangkan cecair yang berlebihan, yang boleh menyebabkan lesung pipit kurang kelihatan untuk seketika.

6. Pakai Girdle

girdle razowa

Girdle apabila digunakan dengan betul, boleh membantu melicinkan penampilan selulit.

Ia direka untuk memberikan mampatan yang kukuh pada kawasan yang paling biasa selulit, seperti paha dan punggung.

Mampatan ini boleh membantu meratakan sel-sel lemak di bawah kulit, mengurangkan penampilan berlekuk dan tidak rata di kawasan ini.

Razowa Ele Girdle adalah salah satu rekomendasi girdle terbaik untuk masalah selulit.

Kesimpulannya, selulit yang teruk boleh menjadi isu yang mencabar, tetapi dengan dedikasi dan pendekatan yang betul, anda boleh mengurangkan penampilannya dengan ketara.

Ingat bahawa gabungan gaya hidup sihat, senaman dan rawatan yang bersasar boleh menjadi cara terbaik anda dalam memerangi selulit.

Ucapkan selamat tinggal kepada selulit tersebut dan rangkul kulit yang lebih licin dan tegang, dengan Ele Girdle dari Razowa!

selulit

Ele Girdle bukan sahaja senang pakai, ia juga senang dibuka kalau anda nak buat “urusan” di tandas.

Tak percaya dengan kata-kata kami? Jom tengok testimoni dari pelanggan kami:

girdle razowa

Dari saiz S ke 3XL, anda boleh pilih mengikut kesesuaian saiz anda. Padankan dengan sapuan krim bakar lemak Saunami Firming Cream, selulit anda akan hilang!

selulit

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Ele Girdle anda boleh tekan di link di bawah.

Rawat Selulit Anda Hari Ini Dengan Ele Girdle