fbpx

JUNE 2022 FREE GIFT: NIGHTWEAR DRESS (FREE SIZE) FOR ANY PRODUCT PURCHASE RM250 & ABOVE.
*WHILE STOCK LAST

6 Scrub Badan Terbaik Dan Sebab Anda Perlu Mulakan Hari Ini

scrub badan terbaik

Seperti kulit wajah, tubuh kita juga memerlukan scrub badan untuk membuang sel-sel kulit mati. Namun apakah scrub badan terbaik untuk digunakan?

Perbuatan skrub badan ini sangat penting bagi membantu pertumbuhan kulit baharu setelah menggantikan sel-sel kulit mati.  

Hasilnya, kulit akan tampak lebih bersih, cerah dan glowing! Siapa yang tidak mahu kulit; baik badan mahupun muka, tampak glowing secara sihat, kan? 

Kali ini, kami akan kongsikan bersama anda senarai 6 produk skrub badan yang terbaik pada tahun 2022 ini. Tunggu apa lagi? 

Teruskan membaca! 

Senarai 6 Produk Skrub Badan Terbaik 2022

ramuan scrub badan terbaik

Kepada anda yang mencari produk skrub badan yang bersesuaian untuk kulit anda, jangan risau, kami ada jawapannya. 

  1. Razowa Brightening Scrub

Razowa Brightening Scrub merupakan formulasi garam laut bersama agen antioksidan, Vitamin C dan E yang membantu mencerahkan kulit anda.

Ianya sangat berkesan untuk mencerahkan parut dan kulit badan yang gelap seperti di bawah lengan, celah kangkang, lutut dan tumit. 

Yang seronoknya, physical exfoliator ini mempunyai tekstur yang lembut dan sesuai digunakan setiap hari semasa mandi. 

  1. Razowa Himalayan Salt Scrub
hilamalayan salt digunakan sebagai rawatan tubuh ketika spa di rumah, ia merupakan antara scrub badan terbaik

Skrub ini diperbuat daripada garam Himalaya yang mengandungi pelbagai kebaikan seperti membantu pelancaran darah dan yang paling penting mengurangkan sel kulit mati dan kotoran pada kulit.

Himalayan Salt Scrub ini mempunyai tekstur yang lebih lembut dan halus untuk kegunaan seluruh badan. 

Bagusnya skrub ini, ia mengandungi 100% bahan semulajadi yang penuh dengan kalsium, magnesium, potassium dan mineral-mineral baik untuk kulit dan badan. 

  1. Dermalogica Thermafoliant Body Scrub

Skrub ini mengandungi ekstrak licorice, white tea, coffeeberry, chamomile dan lactic acid yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Kandungan utama skrub ini adalah malic acid dan lactic acid yang bertindak secara chemical untuk mencerahkan dan memperbaiki permukaan kulit.

Skrub ini turut mengandungi garam laut asli untuk membuang kulit mati secara fizikal.  

  1. Tanamera Toning Green Coffee Body Scrub
tanamera toning

Skrub ini mempunyai tekstur krim berbutir dan mengandungi serbuk kopi arabica, grape seed oil dan sunflower oil. 

Ia boleh mengurangkan penampilan selulit dan memberi kelembapan pada kulit. 

  1. Skinfood Black Sugar Facial and Body Scrub Mask Wash Off

Skrub dari Skinfood ini mengandungi black sugar, macadamia seed oil dan shea butter dan teksturnya krim berbutir.

Sesuai dengan semua jenis kulit, skrub ini kaya dengan kandungan mineral dan vitamin yang boleh exfoliate kulit dengan lembut dan semulajadi. 

Skrub ini boleh mengembalikan kelembapan dan hidrasi pada kulit serta ianya boleh juga digunakan pada kulit muka. 

  1. Mustika Ratu Lulur Kocok Sri Gading

Diperbuat daripada bahan semulajadi seperti temugiring rimpang lumut, daun kuning, bunga kunyit dan kenanga, tekstur skrub ini seperti cecair dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

Skrub ini boleh menyejukkan kulit yang letih dan kusam akibat pencemaran, siaran UV dan tekanan. 

Kepentingan Melakukan Skrub Badan 

kepentingan skrub badan

Untuk memiliki kulit yang halus dan lembut, losyen dan sabun kecantikan semata-mata tidak cukup. 

Anda juga perlu menggunakan skrub badan untuk pastikan kulit anda sihat dan bersih. 

  1. Membuang sel-sel kulit mati

Secara natural, badan kita sememangnya menghasilkan sel kulit mati tetapi prosesnya ahgak lambat. 

Skrub badan mampu membantu untuk mempercepatkan proses membuang sel-sel kulit mati dan menggalakkan untuk kulit baharu tumbuh dengan sihat.

  1. Pencerahan kulit

Kebanyakan skrub mengandungi mineral yang baik untuk kulit terutamanya dalam membuatkan kulit tampak cerah dan memberikan nutrisi yang diperlukan pada kulit.

Kulit yang kusam kebiasannya adalah disebabkan pengumpulan sel-sel kulit mati yang boleh disingkirkan dengan menggunakan skrub badan.

  1. Melancarkan peredaran darah

Proses skrub yang dilakukan dengan pergerakan mengurut boleh membantu peredaran darah ke permukaan kulit.

Secara tidak langsung, kulit terasa lebih segar selepas digosok.

Peredaran darah yang lancar juga bermanfaat untuk membantu meremajakan sel-sel kulit.

  1. Atasi selulit dan cegah penuaan 

Pelbagai skrub di pasaran kini mempunyai bahan-bahan yang terbukti membantu mencegah timbulnya tanda penuaan pramatang. 

Antara contoh adalah skrub yang diperbuat daripada kopi dan manggis. 

Kesimpulan

Penjagaan kulit tidak terhenti di dagu, tetapi merangkumi seluruh badan.

Scrub badan merupakan salah satu langkah penjagaan diri yang perlu dimasukkan dalam rutin anda. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan alat penjagaan diri, lawatilah laman web Razowa. 

Anda boleh dapatkan pelbagai jenis alat penjagaan diri di Razowa seperti scrub badan, minyak urut aromaterapi dan set pedikur. 

Yang paling menarik, semuanya dijual dengan harga mampu milik!

Kesemua alat penjagaan diri ini diperbuat di Malaysia dan daripada bahan semulajadi yang telah mendapat kelulusan KKM.

Jika anda ingin merasakan ala-ala di spa, pilihlah set penjagaan diri Razowa yang sememangnya menjadi pilihan orang ramai. 

Jadi tunggu apa lagi? 

Dapatkan scrub anda di Razowa!