fbpx

Persediaan Bersalin: 5 Tips Yang Ibu-ibu Mesti Tahu

Apabila mendekati tarikh jangkaan bersalin, pastinya setiap ibu berdebar dan tidak sabar menunggu ketibaan si kecil.

Terutamanya bagi ibu yang mengandungkan anak pertama.

Pastinya teruja dan kalau boleh ingin bersiap sedia selengkapnya sebelum melahirkan anak pertama mereka. 

Tapi pastinya ada yang tertanya, apakah persediaan yang perlu mereka lakukan?

Adakah persiapan bersalin ini hanya untuk material si kecil sahaja atau persiapan mental dan fizikal si ibu juga diperlukan? 

Ibu-ibu jangan risau kerana anda berada di tempat yang tepat untuk menjawab persoalan anda.

Persediaan Bersalin Yang Mesti Diberikan Perhatian

Persediaan menyambut si kecil perlulah dilakukan seawal fasa 3 kehamilan iaitu 3 bulan sebelum tarikh jangkaan kelahiran bayi anda.

persediaan bersalin
  1. Barang keperluan bayi

Secara umumnya, anda perlu pastikan barang keperluan bayi adalah mencukupi. 

Kalau takut terlupa, buat satu senarai untuk anda rujuk.

Antara keperluan bayi adalah set pakaian, lampin, bedung, selimut, stokin, barang mandian, set tempat tidur, perubatan, set penyusuan dan selebihnya adalah apa yang rasa diperlukan. 

  1. Hospital untuk bersalin

Kenapa anda perlu buat persediaan memilih hospital yang mana?

Anda perlu faham, bayi anda boleh keluar bila-bila masa sahaja jadi anda perlu tiba di hospital dengan pantas.

Carilah hospital yang dekat dengan rumah, servis yang baik dan berada dalam lingkungan kemampuan kewangan anda.

persediaan bersalin
  1. Cuti bekerja

Selepas sahaja tahu tarikh jangkaan kelahiran bayi anda, mulakan perancangan memilih tarikh cuti bersalin.

Anda akan memudahkan diri anda dan majikan untuk mencari pengganti sementara anda bercuti nanti.

  1. Scan bayi

Masa yang sesuai untuk membuat scan adalah pada fasa 2 atau fasa 3 kandungan.

Scan kehamilan adalah untuk melihat kondisi fizikal bayi.

Anda juga boleh membuat persediaan mental jika bayi anda dikesan mempunyai ketidaksempurnaan (minta-minta dijauhkan daripada anak kita semua).

Anda juga boleh melihat jantina bayi anda yang boleh memudahkan anda membuat persiapan awal bagi si kecil.

persediaan bersalin
  1. Berpantang 

Anda perlu mula merancang untuk berpantang di rumah sendiri, rumah ibu mertua atau rumah ibu bapa anda.

Membuat perancangan di mana anda berpantang adalah penting supaya dapat menyediakan keperluan pantang di sana.

Kalau lepas bersalin baru nak merancang, mesti akan kelam kabut kerana anda pasti ingin beristirehat dan tidak mahu memikirkan terlalu banyak perkara lain.

  1. Confinement Lady

Bidan zaman sekarang dipanggil confinement lady dan menyediakan perkhidmatan penjagaan ibu berpantang yang lengkap.

Antaranya adalah bertungku, berurut, bertangas, masak makanan berpantang, pengurusan bayi, pemakaian bengkung dan mandi herba.

Dibandingkan dengan zaman dahulu, bidan hanya datang sehari atau dua hari untuk bantu mengurut dan menguruskan bayi.

Tapi sekarang, pakej agensi confinement lady ini boleh dipilih mengikut bajet anda. 

Buatlah tempahan seawal 3 bulan sebelum bersalin, kalau tidak pastinya bidan sudah ditempah sepenuhnya. 

  1. Keperluan berpantang 

Jika anda menggunakan perkhidmatan confinement lady, selalunya agensi akan berikan pakej keperluan berpantang sekali.

Jika tidak, anda perlu pastikan semua keperluan berpantang tersedia sebelum anda melahirkan bayi.

  1. Keperluan ibu

Antara keperluan ibu yang perlu diberikan perhatian adalah pakaian ibu.

Anda perlu sediakan pakaian yang longgar, selesa, mudah bergerak dan menyusukan anak, bra dan pad materniti dan sebagainya.

persediaan bersalin
  1. Tanda bersalin

Setiap ibu perlu tahu tanda-tanda bersalin seperti kontraksi yang kerap, turun darah, turun air ketuban dan sakit perut seperti ingin membuang air besar.

Jangan risau kerana biasanya doktor akan maklumkan ketika temujanji pada fasa 3 anda. 

  1. Ilmu bersalin

Bagi ibu yang pertama kali melahirkan cahaya mata, mungkin anda tidak cukup ilmu untuk menghadapi waktu lepas bersalin.

Disarankan anda ke kelas antenatal dan membaca buku-buku berkenaan penjagaan bayi dan ibu.

Dalam kelas pranatal, anda akan diajar oleh pakar bertauliah seperti untuk mengawal pernafasan, mengurangkan kesakitan dan mengatasi cemas semasa bersalin.

Tips Persediaan Bersalin Ibu yang Bersalin

Selain daripada persediaan menyambut kelahiran bayi, anda juga perlu sediakan diri secara fizikal dan mental.  

  1. Pernafasan

Mengetahui cara pernafasan yang betul dapat melancarkan proses bersalin anda.

Belajarlah cara bernafas dan meneran dengan betul bagi mengelakkan kehabisan tenaga semasa bersalin. 

  1. Cukup rehat

Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, pastikan anda mendapatkan rehat yang cukup kerana anda perlukan tenaga yang banyak semasa melahirkan bayi anda.

  1. Makan 

Disebabkan anda memerlukan tenaga yang banyak semasa kelahiran, anda kena pastikan anda makan dengan mencukupi.

Jangan biarkan diri lapar sebelum ke bilik bersalin.

  1. Fikiran positif

Memastikan keadaan mental anda stabil adalah penting sebelum melahirkan si kecil.

Elakkan mendengar pengalaman negatif bersalin yang boleh mematahkan semangat anda.

Sebaliknya, tetapkan minta terhadap kisah positif dan mendoakan kelancaran semasa bersalin.

  1. Kekal aktif

Aktiviti fizikal ringan seperti berjalan dapat membantu melancarkan proses bersalin. 

Jika boleh, lakukan aktiviti seperti naik turun tangga tetapi pastikan anda berhati-berhati semasa melakukannya. 

Persediaan Bersalin dengan Razowa

Salah satu persediaan bersalin yang paling dicari-cari oleh para ibu adalah cara untuk kembalikan tubuh badan yang kurus dan langsing.

Razowa ada jawapannya.

Kami bawakan bengkung 3 saat yang sangat sesuai untuk ibu-ibu, tidak kira cara bersalin normal atau Caesarean. 

Bengkung 3 saat ini mudah dipakai dan memberi sokongan penuh tanpa memberi tekanan pada bahagian pembedahan jika anda bersalin secara Caesarean.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan Ele Girdle yang boleh kurangkan saiz pinggang minimum 3cm serta merta! 

Walaupun material nipis, Ele Girdle ini tahan lasak dan selesa untuk dipakai setiap hari. 

Eh, tak habis lagi! 

Razowa bukan sahaja ada produk melangsingkan badan tetapi ada juga rawatan kaki di rumah dengan Homey Pedicure Set (Brightening).

Set ini mampu merawat tumit pecah, melembutkan kulit kasar, mencerahkan kulit kaki dan merawat kuku kering. 

Nak lagi rasa ala-ala di spa dengan hanya duduk di rumah?

Razowa mempunyai Aromatherapy Massage Oil untuk urutan muka dan badan!

Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang kepenatan bertarung nyawa melahirkan si kecil. 

Bukan itu sahaja, minyak urut ini mampu bantu mengurangkan kesan stretch marks! 

Jadi, buatlah persediaan anda dengan Razowa sebelum ketibaan si kecil!