fbpx

JUNE 2022 FREE GIFT: NIGHTWEAR DRESS (FREE SIZE) FOR ANY PRODUCT PURCHASE RM250 & ABOVE.
*WHILE STOCK LAST

Badan Kurus Dengan 7 Cara Ini, Senang Je!

kurus

Jika azam tahun baru anda adalah untuk kurus, anda berada di tempat yang betul!

Kini, terdapat banyak tips kurus yang anda boleh jumpa di internet. 

Terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan dengan mempromosi suplemen kurus yang rata-rata adalah bahaya untuk kesihatan buah pinggang anda.

Jadi, apa yang anda perlu lakukan untuk capai berat badan ideal?

Mari baca artikel ini untuk ketahui cara-cara untuk kurus dengan selamat.

 

6 Tips Untuk Kurus Secara Sihat

kurus

  • Kerap Bersenam

Seperti yang diketahui ramai, bersenam merupakan aktiviti yang sangat berkesan untuk mengurangkan berat badan dengan cepat dah sihat.

Selain daripada dapat membakar kalori, bersenam juga membantu dari segi “muscle toning”.

Untuk kurus, anda sangat digalakkan melakukan senaman kardio seperti berlari, mengayuh basikal, berenang, lompat tali skipping dan banyak lagi. 

Anda juga boleh menggunakan semua alatan kardio di gimnasium berdekatan anda.

Persoalannya kini adalah, berapa kerap perlu anda perlu bersenam untuk mendapat perbezaan yang diidamkan?

Sebenarnya, aktiviti senaman ini bergantung kepada anda. Makin kerap dan lama anda bersenam, makin awal anda akan melihat perubahan yang ketara pada tubuh anda.

Namun kebiasaannya, ramai orang memilih untuk bersenam selama 20 minit 3 kali seminggu.

 

  • Minum Teh Hijau

Tahukah anda bahawa teh hijau juga dianggap sebagai teh diet?

Ini kerana, teh hijau merupakan sejenis minuman yang dapat membantu anda mengurangkan berat badan.

Teh hijau kaya dengan antioksidan dan kompaun semula jadi berasaskan tumbuhan.

Bukan sahaja teh hijau ini dapat membakar kalori, teh hijau juga berkesan bagi mencegah masalah kembung perut dan masuk angin.

Namun, pastikan anda tidak mengambilnya ketika perut kosong kerana teh hijau boleh mendatangkan kesan buruk kepada hati.

 

  • Kawal Pemakanan

Tidak dapat disangkal bahawa perkara yang paling penting untuk mengurangkan berat badan adalah dengan mengawal pemakanan.

Apakah yang dimaksudkan dengan mengawal pemakanan?

Pertama sekali, anda perlu mengawal pengambilan kalori harian. Untuk kurus dengan cepat, pastikan kalori harian anda tidak lebih daripada 1500 bagi wanita dan 2000 bagi lelaki.

Untuk memudahkan anda kira jumlah kalori harian, anda boleh cuba aplikasi mesra pengguna seperti berikut:

  • MyFitnessPal
  • MyNetDiary
  • Calories In Food
  • EasyFit Free
  • My Plate Calorie Tracker 
  • Calorie, Carb & Food Counter
  • My Diet Diary Calorie Counter
  • Calorie Counter by FatSecret
  • Calorie Counter & Diet Tracker

 

Selain itu, anda juga perlu bijak dalam memilih makanan. Elakkan makanan berminyak, bergoreng dan berkuah.

Sebaliknya, pastikan makanan anda dimasak dengan cara yang lebih sihat seperti dikukus, dibakar dan digrill.

Untuk lebih membantu proses penurunan berat badan, banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran serta kurangkan gula, garam dan serbuk perasa. 

Seterusnya, sekiranya anda mahu kurus, tidak bermakna anda perlu ikat perut dan berhenti makan nasi dan makanan-makanan lain.

Anda masih boleh mengambilnya namun perlulah dengan portion yang sedikit.

 

  • Amalkan Intermittent Fasting

Intermittent fasting merupakan cara diet yang popular bagi mereka yang ingin kurus.

Ini kerana cara ini dikatakan lebih mudah berbanding dengan mengawal kalori makanan harian.

Kajian menunjukkan kaedah ini berkesan dalam membantu seseorang untuk menurunkan berat badan. 

Bukan itu sahaja, amalan ini juga dapat membantu menangani masalah tekanan darah tinggi.

Dengan kaedah intermittent fasting, anda boleh makan apa-apa sahaja tanpa sekatan. Anda cuma dilarang untuk makan pada waktu-waktu tertentu sahaja.

Namun, jangan risau kerana tempoh waktu tersebut tidak terlalu lama.

Sebagai contoh, anda boleh makan mengikut selera anda pada waktu tertentu dalam sehari atau seminggu.

Antara variasi yang paling popular adalah 16/8, 18/6 dan 20/4.

Nombor-nombor tersebut merujuk kepada tempoh masa sekatan makanan dan masa pengambilan makanan.

Sebagai contoh, jika anda pilih untuk ikut masa 16/8, ini bermaksud anda akan berpuasa selama 16 jam dan makan hanya selama 8 jam. 

Jadi, dari pukul 8 malam sehingga 12 tengahari keesokkan harinya, anda akan perlu menahan diri daripada makan. 

Namun, sekiranya anda ingin lebih berdisiplin dan mengamalkan intermittent fasting dengan lebih ketat, anda boleh cuba untuk kurangkan masa makan anda ke 4 jam sahaja setiap hari.

 

  • Dapatkan Tidur Yang Cukup

Anda kerap bersenam dan sentiasa menjaga pemakanan tapi masih sukar untuk kurus? 

Ini mungkin disebabkan oleh anda tidak dapat tidur yang cukup!

Ya betul, kebanyakan orang yang mengalami masalah berat badan tidak mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya.

Ini akan menyebabkan metabolism badan semakin berkurang dan menyukarkan proses pembakaran lemak.

Bukan itu sahaja, jika anda berjaga malam, anda juga mungkin akan senang lapar dan makan dengan lebih banyak.

 

  • Makan Sedikit Tapi Kerap

Antara tips utama untuk senang turun berat badan adalah dengan makan dengan kuantiti yang sedikit namun kerap.

Anda masih boleh snacking kalau lapar namun pastikan ia adalah makanan yang sihat seperti kekacang, salad dan buah-buahan.

Dan selain daripada itu, jangan lupa untuk elak dari makan makanan ringan dan minuman yang tinggi kandungan gula.

 

  • Menggunakan Saunami Firming Cream Daripada Razowa

kurus

Cara yang terakhir adalah dengan menggunakan Saunami Firming Cream daripada Razowa.  

Ia merupakan krim panas yang bantu anda untuk mendapatkan bentuk badan idaman. 

Berikut merupakan fungsi utama Saunami Firming Cream: 

  • Membakar lemak badan yang berlebihan
  • Bantu dapatkan bentuk badan idaman. 
  • Menganjalkan kulit. 
  • Memudarkan selulit pada badan. 

 

Saunami Firming Cream ini mempunyai bau yang lembut dan wangi. Dengan ini, anda tidak perlu risau mengenai bau ala-ala “berangin”.

Selain itu, krim ini cepat meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan pada badan.  

Saunami Firming Cream ini juga selamat digunakan kerana tidak mengandungi paraben dan alkohol. 

Jadi, buat anda yang ingin bersenam pada pagi atau petang hari, pastikan anda menggunakan Saunami Firming Cream terlebih dahulu untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. 

 

Di Mana Boleh Dapatkan Saunami Firming Cream Ini?  

Kami sangat memahami kemahuan anda yang ingin dapatkan bentuk badan ideal lagi-lagi sebelum menyambut hari perayaan pada awal tahun ini. 

Jadi,  untuk merealisasikan impian anda, anda boleh dapatkan Saunami Firming Cream di sini

Cepat klik di bawah sementara stok Saunami Firming Cream masih ada!  

Dapatkan Saunami Firming Cream Hanya Di Razowa!