9 AMALAN BERPANTANG SECARA TRADISIONAL

Pada zaman moden kini, para ibu tidak lagi mengendahkan amalan berpantang selepas bersalin.  Namun, bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan ingin menjaga kecantikan diri mengatakan amalan berpantang ini sangat penting dan dapat mengembalikan mereka seperti anak dara.  Bagi masyarakat melayu, biasanya amalan berpantang ini diamalkan antara 40 hingga 44 hari.  Malah, ada juga yang sampai 100 hari tetapi terpulang kepada individu.  Tujuan berpantang adalah untuk membantu memulihkan keadaan si ibu yang lemah selepas melahirkan bayi.  Antara 9 amalan berpantang secara tradisional adalah berurut, bertangas, bertungku, mandian herba, bengkung, pemakaian param, pilis, tapel, jadam.  Jadi mari kita teruskan untuk membaca supaya kita tahu 9 amalan ini dengan lebih teliti!

Berurut

Ia hendaklah dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku.  Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama 3 hari berturut-turut.  Sebaiknya memulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam. 

bengkung+3+saat+razowa+malaysia+9+amalan+berpantang+secara+tradisional

Berurut merupakan salah satu daripada 9 amalan berpantang secara tradisional.  Urut bertujuan semasa berpantang ini adalah untuk melancarkan perjalanan darah, memperbetulkan urat-urat yang tegang dan juga yang telah putus setelah melahirkan bayi, memecahkan lemak yang terkumpul, dapat mengangkat salur peranakan ke tempatnya dan dapat menyingkirkan darah kotor yang masih ada.

Bertangas

Terdapat pelbagi jenis tangas iaitu tangas duduk, tangas kering, tangas basah, tangas wangi dan tangas rempah.  Bertangas ini dilakukan selepas mandi. 

bengkung+3+saat+razowa+malaysia+9+amalan+berpantang+secara+tradisional

Amalan bertangas ini adalah salah satu amalan secara tradisional yang penting kerana ianya dapat menyembuhkan luka dan jahitan, mengecutkan rahim, membantu mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin dan mengurangkan masalah rahim. 

Bertungku

Di kalangan masyarakat barat, “hot stone massage” adalah hampir sama dengan amalan bertungku masyarakat melayu.  Biasanya, bertungku ini dilakukan sebelum memakai bengkung. 

bengkung+3+saat+razowa+malaysia+9+amalan+berpantang+secara+tradisional

Caranya seluruh bahagian badan para ibu selepas bersalin akan dituam dengan tungku besi yang telah dipanaskan dan dibalut dengan kain. 

Mandian herba

Mandian herba juga adalah salah satu amalan secara tradisional selepas berurut, badan ibu akan dilulur dengan campuran rempah ratus untuk melicinkan kulit dan menghapuskan sel-sel mati.

bengkung+3+saat+razowa+malaysia+9+amalan+berpantang+secara+tradisional

Seterusnya, kebanyakan ramuan mandian herba yang digunakan adalah ramuan herba, akar kayu dan juga rempah yang direbus akan bantu untuk menyegarkan lagi tubuh badan ibu-ibu keranya ianya mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri. 

Bengkung 3 Saat Razowa

Untuk amalan berpantang secara tradisional seterusnya adalah pemakaian bengkung dimana seluruh badan ibu akan disapu dengan herba dan dibalut dengan bengkung yang diperbuat daripada kain belacu dari paras bawah dada sehingga bawah punggung sepanjang tempoh berpantang. 

bengkung+3+saat+razowa+malaysia+9+amalan+berpantang+secara+tradisional

Antara kebaikan berbengkung ini adalah ianya dapat menyokong tulang belakang dan abdomen, mengempiskan perut, membuang angin di dalam badan, mempercepatkan darah kotor dan mengembalikan kedudukan peranakan. 

Param

Param merupakan sejenis sapuan pada seluruh badan kecuali bahagian payudara dan perut.  Ia digunakan selepas mandi, sebanyak 2 kali sehari selama 40 hari setelah melahirkan. 

bengkung+3+saat+razowa+malaysia+9+amalan+berpantang+secara+tradisional

Khasiat pemakaian param ini adalah untuk mengatasi pembengkakan di tubuh ibu yang baru melahirkan, membantu melancarkan peredaran darah, mengelakkan angin masuk ke dalam badan, memberi kehangatan kepada tubuh, memberikan kesegaran dan menjaga kecantikan luaran. 

Pilis

Manakala pilis pula adalah campuran herba yang khas untuk disapukan pada dahi.  Sama seperti param, pilis juga digunakan selepas mandi, 2 kali sehari selama 40 hari berpantang.

bengkung+3+saat+razowa+malaysia+9+amalan+berpantang+secara+tradisional

Kebaikan memakai pilis pula adalah meredakan pening kepala, melancarkan peredaran darah, menyegarkan mata dan memberi keselesaan pada ubun, mengurangkan rasa pitam (biasanya dialami oleh wanita yang ada darah tinggi), mengelak angin. 

Tapel

Tapel merupakan sapuan yang digunakan sebelum memakai bengkung.  Amalan memakai tapel ini sesuai digunakan oleh ibu yang bersalin secara normal, manakala untuk ibu yang bersalin secara pembedahan pastikan luka pada perut diyakini kering dan tidak bermasalah. 

bengkung+3+saat+razowa+malaysia+9+amalan+berpantang+secara+tradisional

Pelbagai kelebihan menggunakan tapel ini di perut, antaranya adalah mengurangkan rasa sakit di perut serta memulihkan keadaan luaran perut akibat selulit, membantu proses pembakaran lemak bawah kulit, menghangatkan perut dan menegangkan kulit perut yang menggeleber. 

Jadam

Selain menggunakan tapel, berjadam juga boleh digunakan untuk mengecutkan perut serta membuang angin-angin di dalam badan.

Kesimpulannya, amalan berpantang ini adalah sebagai persediaan kepada tubuh badan mereka kelak supaya masih sihat dan bertenaga.  Jadi ini adalah 9 Amalan Berpantang Secara Tradisional, selamat berpantang untuk para ibu yang baru melahirkan!

Seterusnya, saya nak memperkenalkan bengkung bersalin paling mudah digunakan iaitu Bengkung 3 Saat RAZOWA. Bengkung ini mudah dipakai sendiri, mudah ke tandas. Sesuai untuk bersalin secara Caesar dan normal kerana mudah dilaraskan. Material sangat selesa, sejuk dan serap peluh. Sesuai untuk saiz badan XS hingga 4XL.

Lihat cara pakai Bengkung 3 Saat di bawah. Mudahkan?

Bengkung 3 Saat Razowa boleh didapati di butik bayi, farmasi, spa dan agen berhampiran anda. Senarai pengedar di Instagram @razowa.resellers . Anda juga boleh dapatkan secara online di www.razowa.com. Lihat testimoni pengguna Bengkung 3 Saat Razowa ini di Instagram @razowamalaysia dan Facebook Razowa.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *