6 Pilihan Minyak Urut Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Seperti yang kita ketahui, sakit pinggang dan punggung, lenguh kaki adalah perkara yang biasa dihadapi oleh ibu hamil. 

Urutan pranatal yang sesuai bukan sahaja dapat membantu melegakan masalah tersebut tetapi juga dapat mengurangkan pembengkakan kaki, sakit kepala, dan kesesakan sinus. 

Oleh itu, penggunaan minyak urut yang baik adalah sangat penting untuk memastikan kesihatan ibu mengandung tidak terjejas. 

Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut!

6 Minyak Urut Terbaik 

Terdapat pelbagai minyak urut yang ada di pasaran. Namun, anda haruslah memilih minyak urut yang berkualiti tinggi untuk mendapat manfaat sepenuhnya. 

  1. Razowa Aromatherapy Massage Oil 

minyak urut

Sememangnya tidak boleh diragui bahawa minyak urut Razowa adalah yang terbaik di pasaran. 

Razowa Aromatherapy Massage Oil diperbuat daripada essential oils dan ekstrak tumbuhan, minyak urut ini dirumus khas untuk keperluan kulit dan badan. 

Minyak aromaterapi ini bukan sahaja boleh digunakan di badan, ia juga sesuai untuk digunakan di kulit muka. 

Antara manfaat mengurut menggunakan minyak aromaterapi ini ialah ia dapat melembapkan kulit, merawat kutikel kering, dan merawat tumit pecah. 

minyak urut

Ia juga boleh digunakan oleh ibu hamil sebagai pelembap kulit sekitar perut dan paha untuk mengelakkan stretch marks. 

Ibu hamil digalakkan untuk menggunakan minyak ini setiap kali selepas mandi dengan menyapu ia di sekitar perut dan paha dari trimester pertama sehingga bayi dilahirkan. 

Dapatkan Aromatherapy Massage Oil Di Sini!

  1. Green Herbology Lavender Massage Oil 

Minyak urut ini merupakan minyak terapeutik yang diformulasi dengan mineral dan minyak sayuran yang boleh terus disapu di kulit. 

Produk ini sesuai untuk digunakan untuk urutan ibu mengandung kerana ia dapat meleganakn sakit kepala, masalah pencernaan, sakit badan dan membantu dengan insomnia dan kegelisahan. 

Bukan itu sahaja, ia juga bagus untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental, meningkat keanjalan kulit, dan mengurangkan penampilan selulit. 

Dengan bahan asas lavender, minyak urut Green Herbology adalah sesuai untuk mereka yang sensitif terhadap wangian. 

Minyak ini adalah sesuai untuk semua jenis kulit kerana sifat ia yang hypoallergenic. 

  1. Tanamera Carrier Oil 

Tanamera Carrier Oil merupakan minyak urut buatan Malaysia yang sesuai untuk pelbagai jenis kaedah urutan. 

Ia diformulasikan dengan pengemulsi semula jadi yang berasal dari kelapa dan minyak inti sawit yang membolehkan minyak ini dibilas dengan air.

Bahan asas bagi minyak urut ini adalah biji anggur, bunga matahari, jojoba, wheat germ dan minyak kelapa dara. 

Kandungan produk ini adalah bebas dari pengawet dan wangikan membuatkan ia sesuai untuk kegunaan harian. 

  1. ATOPALM Maternity Care Massage Oil 

Minyak urut AUTOPALM di formulasikan dengan MLE dan ceramide yang dapat melembapkan kulit dan memastikan kulit kekal anjal dan halus. 

Diperkaya dengan minyak biji meadowfoam dan minyak benih macadamia, kehalusan kulit anda dapat ditingkatkan. 

Ia juga mengandungi ekstrak bunga rapeseed yang dapat menyuburkan kulit dengan vitamin A dan vitamin C. 

Tekstur minyak ini adalah sangat ringan, jernih dan bersih untuk membantu melegakan kekeringan dan gatal yang berlaku semasa dan selepas kehamilan. 

Penggunaan produk ini juga dapat mengembalikan ketahan dan kehalusan kulit. 

Produk ini bebas dari bahan kimia berbahaya menjadikan ia sesuai dan selamat untuk penggunaan harian. 

  1. Tanamera Ginger Blend Massage Oil 

Dengan bahan asas halia, minyak ini berfungsi untuk melegakan kekejangan otot dan perut, mengurangkan keradangan, dan membantu keletihan saraf dan tekanan. 

Bagi ibu yang menyukai bau-bauan halia, minyak ini adalah untuk anda!

Terdapat banyak kebaikan halia, antaranya ialah merangsang selera makan dan peredaran darah, serta melegal mual. 

  1. Mama’s Choice Relaxing Massage Oil 

Diperbuat dari formula semula jadi, Mama’s Choice Relaxing Massage Oil adalah sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu. 

Penggunaannya dengan kerap dapat melembabkan kulit serta mengelakkan kulit dari kering. 

Bahan asas minyak ini adalah minyak lavender, limau gedang, dan oren. Ia boleh digunakan sebagai minyak urut, minyak mandi, dan minyak badan.

Tips Mengurut Ibu Hamil

 Mengurut dengan cara yang betul dapat memberi kesan baik kepada ibu hamil. 

Dengan itu, ini adalah perkara yang anda wajib ketahui tentang mengurut ibu hamil. 

  1. Menggunakan minyak urut yang selamat

Minta pengurut untuk menggunakan minyak aromaterapi untuk mengurut. 

Terdapat beberapa minyak yang perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan pengecutan rahim seperti minyak oregano, pudina, basil, dan rosemary. 

Pemilihan minyak yang sesuai dan selamat untuk mengurut adalah sangat penting. 

Kami menggalakkan anda untuk menggunakan Razowa Massage Aromatherapy Oil kerana kandungannya yang tidak berbahaya.  

  1. Urutan tidak terlalu kuat 

Teknik urutan seluruh badan yang biasa dilakukan dengan urutan ibu hamil adalah sangat berbeza. 

Dari posisi, mengurut dan tahap tekanan sehingga ke cara urutan harus dilakukan dengan berhati-hati. 

Pengurut harus elakkan beberapa bahagian yang boleh merangsang pengecutan rahim seperti di bahagian abdomen, pergelangan kaki, serta tangan. 

  1. Tidak berurut dalam posisi meniarap  

Posisi meniarap adalah tidak sesuai untuk ibu mengandung kerana ia dapat memberi tekanan pada bahagian abdomen dan memberi ketidakselesaan kepada rahim kerana regangan. 

Ramai pakar urut juga bersetuju bahwa posisi terbaik bagi urutan ibu hamil ialah secara mengiring kerana ia dapat mengurangkan tekanan. 

  1. Dapatkan urutan daripada tukang urut diiktiraf 

Terdapat ramai tukang urut yang menawarkan servis urutan untuk ibu mengandung, tetapi bukan semua yang mempunyai pengetahuan lengkap tentang urutan bagi antenatal. 

Hal ini penting kerana badan ibu mengandung meberi tindak balas berbeza terhadap rangsangan dan tekanan diberikan oleh kerana pengingkatan darah dalam badan. 

Sangatlah penting bagi anda untuk memilih tukang urut yang mempunyai kepakaran, pengalaman, serta pengiktirafan untuk memastikan keselamatan ibu dan kandungan bayi. 

Sudahkah anda memilih minyak urut yang sesuai untuk anda?

Kami cadangkan Razowa Aromatheraphy Oil untuk anda! 

Minyak ini boleh digunakan pada bahagian kulit yang kering, mengurangkan keradangan kulit serta melancarkan peredaran darah. 

Ianya sesuai untuk dipakai oleh seisi keluarga. 

Anda boleh dapatkan Aromatherapy Massage Oil oleh Razowa secara online. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *