5 Tips Mudah Untuk Kurus Selepas Bersalin

Setiap ibu yang mengandung pasti akan mengeluh tentang berat dan imej badan mereka selepas bersalin. 

Semestinya menjadi impian setiap ibu untuk kembali ramping selepas melahirkan si kecil.

Walaupun berat badan anda akan turun dengan banyak selepas melahirkan anak anda, akan ada sisa lemak-lemak yang degil melekat di badan anda. 

Banyak cara sebenarnya untuk anda mendapatkan badan anda semula selepas bersalin, tapi semuanya terpulang kepada anda. 

Hendak beribu daya, tidak hendak beribu dalih.

Kenapa Susah Nak Kurus Selepas Bersalin?

Memang tidak dinafikan, susah betul nak kurus semula selepas bersalin. 

Mungkin sebab anda tidak mengetahui punca kenapa begitu sukar untuk anda mengembalikan badan ideal anda.

  1. Kekurangan tidurkurus

Sudah menjadi adat ibu selepas bersalin untuk mendapatkan tidur yang tidak mencukupi kerana melayan kerenah bayi.

Tetapi tahukah anda yang kekurangan tidur merupakan satu penyebab kenapa anda susah nak kurus?

Bila anda kurang tidur, paras kortisol akan meningkat dan menyebabkan metabolisme anda tidak efisien untuk membakar kalori.

Anda boleh cuba mengurangkan pengambilan kafein dan stress untuk kembalikan paras kortisol ke paras yang stabil.

2. Multitasking

kurus

Multitasking yang selalu ibu-ibu lakukan biasanya adalah untuk si bayi atau keluarga sehingga nak makan pun tak sempat.

Jika anda ingat ini adalah perkara yang bagus sebab kurang makan maknanya akan kuranglah berat.

Sebenarnya, anda tidak sedar bahawa jika anda tidak dapat makan dengan tenang di meja makan, anda akan lebih kerap makan snek sambil anda multitasking.

Memang sukar untuk ibu makan dengan ‘normal’ sejak kehadiran bayi tapi anda perlu cuba memperuntukkan masa untuk anda makan makanan yang seimbang.

3. Abaikan kesihatan sendiri

kurus

Setiap ibu pastinya akan bersetuju apabila dikatakan keperluan bayi mendahului segalanya.

Tetapi jangan pula diabaikan keperluan sendiri sehingga menjejaskan kesihatan dan penampilan diri.

Kesihatan bayi dan ibu sama-sama pentingnya, malah mungkin lebih penting kerana anda perlu menjaga bayi anda!

5 Tips Mudah Untuk Kurus Selepas Bersalin

Para ibu tidak perlu risau kerana kami ada tips yang mudah untuk anda lakukan supaya anda kembali kurus selepas bersalin.

1. Menyusu

Menyusu badan ada banyak kebaikannya.

Bukan bagi bayi sahaja tetapi para ibu juga boleh mendapat pelbagai manfaat daripada menyusukan bayi anda.

Salah satunya adalah pembakaran kalori hanya dengan menyusu.

Anda tak perlu susah payah berlari atas treadmill kerana menyusukan anak ada boleh membakar sebanyak 300-700 kalori!

Bukan itu sahaja, menyusu juga membantu mengecutkan rahim ke saiz normal dan menampakkan perut lebih kempis.

Kadar metabolisme anda pun akan meningkat, hanya dengan menyusu! Hebat bukan?

2. Bengkung

Berbengkung merupakan antara cara yang berkesan untuk kembalikan kelangsingan badan anda.

Selain daripada membakar lemak, berbengkung juga membantu membuang angin berlebihan dalam badan.

Tetapi ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan (Ceaserian) tidak digalakkan memakai bengkung tradisional sehingga sekurang-kurangnya 4-6 minggu selepas bersalin.

Namun, anda digalakkan memakai bengkung model yang tidak perlu mengikat kerana ia mampu menyokong otot perut yang kendur.

Pastikan pemakaian bengkung adalah betul dan ketat. 

Jika anda risau akan luka di perut, alaskan dengan sekeping tuala wanita yang bersih sebelum memakai bengkung moden tersebut.

3. Bertungku 

Selain memakai bengkung, tradisi turun-temurun yang membantu anda menguruskan badan adalah bertungku.

Bertungku dilakukan dengan meletakkan objek yang panas beserta herba di bahagian badan yang tertentu.

Haba daripada herba-herba mampu membantu mengeluarkan peluh dan toksin berlebihan dalam badan.

Badan anda akan berasa lebih segar dan ringan di samping mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.

Luka pembedahan juga akan lebih mudah sembuh dengan bertungku. 

4. Air kosong

kurus

Disebabkan ibu menyusukan anak, cecair dalam badan akan berkurangan menyebabkan anda berasa cepat haus.

Jadi sangat digalakkan untuk minum air kosong untuk kekal hidrasi.

Selain itu, sudah terbukti bahawa minum air kosong mampu mengurangkan berat badan.

Dengan meminum air kosong, toksin dalam badan akan disingkirkan dan perut pun akan kempis.

Selain daripada itu, anda akan kurang berasa lapar dan seterusnya mengurangkan keinginan untuk makan dengan banyak.

5. Aktif bergerak

Walaupun ibu yang berpantang digalakkan untuk berehat dan mengelakkan aktiviti fizikal, ibu kena sentiasa pastikan badan kekal aktif.

Daripada terbaring atas katil mendodoikan bayi, cuba anda dodoikan si kecil sambil berjalan keliling rumah.

Aktiviti ringan seperti ini dapat membantu anda menguatkan kembali otot dan mengekalkan stamina.

Anda juga boleh lakukan senaman ringan seperti kardio untuk membakar lemak dalam badan.

Ingat, senaman ringan sahaja! Senaman terlalu berat boleh menyebabkan rahim anda terkeluar jadi perlu dielakkan.

Ele Girdle Razowa

kurus

Ibu-ibu ingin tampak langsing dengan cepat pastinya akan memilih untuk memakai girdle.

Tapi terlalu banyak pilihan girdle di pasaran sampai tak tahu nak pilih yang mana?

Pilihlah Ele Girdle Razowa kerana girdle ini terbukti mengecilkan pinggang minimum 3cm dengan serta merta!

Ele Girdle Razowa merupakan pilihan ibu-ibu moden yang inginkan girdle yang mudah, selesa dan pantas dipakai.

Apa yang istimewa tentang girdle ini?

Jahitan Ele Girdle Razowa ini seamless, maknanya anda tidak perlu risau tentang kesan garisan girdle pada seluar anda.

Anda juga tidak perlu risau tentang girdle bergulung-gulung kerana girdle ini mempunyai tulang lembut untuk elakkan masalah ini.

Walaupun tulangnya lembut, girdle ini mampu memberikan sokongan kepada tulang belakang anda.

Materialnya pula nipis tetapi tahan lasak dan memberikan keselesaan yang optimum sehingga boleh dipakai setiap hari.

Bukan itu sahaja, Ele Girdle Razowa boleh didapati sehingga saiz 2XL yang sesuai untuk dipakai oleh ibu yang beratnya 90kg ke atas!

Jadi apa yang anda tunggu lagi? 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *