Instant Slimming: 5 Kebaikan Girdle Pants

Apa itu girdle pants?

Kalau zaman dulu, pemakaian girdle ini bukan sesuatu yang pelik.

Terutama sekali jika ingin mendapatkan badan yang langsing.

Tapi sekarang, tradisi ini sudah ditinggalkan dan jarang sekali kita dengar wanita memakai girdle.

Ramai yang tak tahu bahawa tradisi ini memang terbukti boleh dapatkan badan langsing dengan cepat!

Yang lagi menarik, ada banyak pembaharuan pada girdle daripada yang hanya di bahagian perut hingga ke bahagian punggung atau dipanggil girdle pants.

Jom kita ketahui lebih lanjut apa itu girdle pants dan apa kebaikannya untuk anda!

Apa itu Girdle Pants?

girdle pants

Girdle pants ialah seluar dalam yang lebih pendek yang membentuk bahagian abdomen hingga ke pinggul.

Ia merupakan salah satu pakaian dalaman yang direka bagi menggantikan korset.

Umum mengetahui wanita zaman dahulu memakai korset untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing tetapi pemakaian korset amatlah sukar.

Dengan adanya girdle, ramai wanita dahulu lebih memilih girdle kerana pemakaiannya yang mudah dan memberikan kesan yang sama dengan korset.

Tetapi tradisi pemakaian telah ditinggalkan setelah wujudnya pantyhose yang lebih panjang berbanding girdle. 

Namun pun begitu, girdle pants ini tidak lah hilang terus ditelan zaman malah dinaikkan semula dengan diberikan pelbagai nama baharu seperti body shaper, waist trainer dan waist cinchers.

Ramai juga selebriti yang membantu dalam kemunculan semula girdle pants ini seperti Kim Kardashian.

Melihatkan bentuk badan Kim Kardashian yang menarik itu, ramai pengikutnya mula mendapatkan girdle pants.

Kelebihan Memakai Girdle Pants

Kalau anda merasakan fungsi girdle pants ni hanyalah untuk mendapatkan badan yang langsing, anda tersilap.

Terdapat banyak lagi kebaikan dalam memakai girdle pants ini. 

girdle pants

  1. Langsing dengan segera

Semestinya kebaikan yang pertama adalah mendapatkan kesan langsing yang segera. 

Tetapi jangan salah anggap, bukannya anda pakai sehari dah terus langsing sampai 10 tahun akan datang.

Tidak, maksud langsing dengan segera adalah girdle pants membantu anda kelihatan lebih langsing semasa memakainya. 

Anda boleh dapatkan bentuk badan seperti jam pasir macam yang diidamkan oleh ramai wanita di luar sana.

  1. Perubahan pinggang jangka panjang

Poin pertama tadi bukanlah bermaksud anda tidak boleh mendapatkan bentuk badan yang anda idamkan semasa anda tidak memakai girdle pants.

Anda boleh dapatkannya seperti ramai wanita di luar sana yang menggunakan girdle pants sebahagian rutin menurunkan berat badan mereka.

Oleh kerana pinggang anda berada dalam struktur yang dibentuk oleh girdle pants sepanjang hari, badan anda akan mula mengikuti bentuk tersebut dengan semula jadi.

Gunakan dalam jangka masa yang panjang, pinggang anda akan dapatkan badan yang kekal langsing walaupun anda tidak memakai girdle pants. 

  1. Sokongan postur badan

Girdle pants mempunyai sifat elastik dan keanjalan khas yang memberikan kemampatan dan sokongan kepada punggung anda. 

Ini akan menjadikan badan anda lurus dan tegap sekali gus membantu postur tulang belakang anda.

Ia juga membantu mengurangkan kesakitan di bahagian bawah punggung dan pinggang. 

Hal ini akan membantu memperbaiki postur badan anda ketika berjalan dan duduk.

Girdle pants sangat membantu terutamanya bagi wanita yang sering duduk menghadap komputer dan duduk dengan posisi yang tidak bagus untuk tulang belakang.

Bila anda sudah selalu memakainya, anda akan dapati anda terbiasa duduk dengan posisi yang betul walaupun ketika anda tidak memakai girdle pants.

Apabila berjalan pun anda akan merasakan tulang belakang anda tegak dan postur berjalan anda lebih tinggi dan yakin. 

  1. Sokongan selepas bersalin 

Bagi wanita yang baru sahaja melahirkan anak, girdle pants sangatlah bagus untuk badan anda.

Selepas melahirkan anak, pastinya wanita akan mula perasan akan lebihan kulit dan lemak di tempat yang tidak diingini. 

Semestinya kesan utama yang ingin dicapai ibu lepas melahirkan adalah untuk dapatkan semula badan yang langsing.

Tetapi itu bukan sahaja kebaikan girdle pants. 

Girdle pants juga mampu mendapatkan pemampatan bagi badan anda seperti yang disarankan oleh pakar perubatan. 

Selain itu, girdle pants juga mampu menyokong otot perut anda, menstabilkan dasar pelvis anda, mendorong peraliran darah dan memudahkan pergerakan dan senaman selepas bersalin. 

Hal ini kerana ia direka untuk dipakai dengan selesa di perut anda untuk menyokong pemulihan badan. 

  1. Meningkatkan keyakinan diri

Semakin kita mendewasa, badan kita juga turut melalui proses penuaan.

Girdle pants akan menyokong badan dan mencegah bonjolan lemak di tempat yang tidak diingini. 

Wanita tidak mengira usia, apabila memakai girdle pants, anda akan rasa lebih yakin dengan diri sendiri terutamanya apabila memakai semasa ada urusan penting seperti majlis perkahwinan.

Walaupun girdle pants tidak terbukti dapat menurunkan berat badan, anda tidak boleh menafikan tentang peningkatan keyakinan mereka yang memakai girdle pants. 

Dapatkan Ele Girdle Razowa

Selepas membaca artikel ini, semestinya anda ingin membeli girdle pants kan?

Mana tidaknya, banyak kebaikan girdle pants ni! 

Tapi di pasaran terlalu banyak jenis girdle pants sampai tak tahu nak pilih yang mana.

Jika anda ingin mencuba girdle pants yang berkesan dan berkualiti tinggi, pilihlah Ele Girdle Razowa.

Ele Girdle Razowa terbukti mengecilkan pinggang minimum 3cm dengan serta merta!

Ele Girdle Razowa merupakan pilihan ibu-ibu moden yang inginkan girdle yang mudah, selesa dan pantas dipakai.

Ibu-ibu saja ke yang boleh pakai?

Tidak! Anak dara juga digalakkan memakai Ele Girdle Razowa!

Apa yang istimewa tentang girdle ini?

Jahitan Ele Girdle Razowa ini seamless, maknanya anda tidak perlu risau tentang kesan garisan girdle pada seluar anda.

Anda juga tidak perlu risau tentang girdle bergulung-gulung kerana girdle ini mempunyai tulang lembut untuk elakkan masalah ini.

Walaupun tulangnya lembut, girdle ini mampu memberikan sokongan kepada tulang belakang anda.

Materialnya pula nipis tetapi tahan lasak dan memberikan keselesaan yang optimum sehingga boleh dipakai setiap hari.

Bukan itu sahaja, Ele Girdle Razowa boleh didapati sehingga saiz 2XL yang sesuai untuk dipakai oleh ibu yang beratnya 90kg ke atas!

Jadi apa yang anda tunggu lagi? 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *