5 KEBAIKAN BERBENGKUNG

Hi semua, pernah tak dengar tentang bengkung ni? Mungkin pernah dengar tapi tak tahu apa kebaikannya? Jadi harini saya akan kongsikan 5 kebaikan berbengkung yang mungkin tak semua orang tahu terutamanya untuk para wanita yang pertama kali hendak berbengkung.

Biasanya kebaikan berbengkung yang ramai tahu adalah untuk mengembalikan bentuk badan yang langsing. Manakala, untuk remaja pula mereka merasakan berbengkung ni adalah hanya untuk wanita selepas bersalin. Jadi jom kita ketahui 5 kebaikan berbengkung ni secara teliti 😍

1. Boleh sokong tulang belakang dan abdomen.

bengkung+bersalin+3+saat+razowa+tinispa

Berbengkung ni bukan sahaja dapat mengembalikan bentuk badan namun boleh merapatkan semula abdomen, menyokong tulang belakang serta memperbetulkan postur agar mudah untuk bergerak dan menghilangkan sakit belakang yang dialami sepanjang mengandung dan semasa proses bersalin.

2. Mengempiskan perut

bengkung+bersalin+3+saat+razowa+tinispa

Berbengkung dapat pecahkan lemak dan cegah dari makan berlebihan. Kalau nak lagi cepat kempis, sebelum berbengkung boleh sapukan krim atau gel pelangsingan.

Dr Jay Goldberg, MD, pakar obstetrik dan ginekologi di Beverly Hills mencadangkan penggunaan bengkung sekurang-kurangnya 4-6 minggu untuk menampakkan hasilnya.

3. Membuang angin dalam badan

bengkung+bersalin+3+saat+razowa+tinispa

Perut akan dimasuki angin setelah bersalin disebabkan organ yang mengembang. Memakai bengkung dapat membuang angin dan juga mencegah angin daripada masuk dalam perut dan menyebabkan kembung perut.

4. Mempercepatkan pengeluaran darah kotor/darah nifas

bengkung+bersalin+3+saat+razowa+tinispa

Semasa berpantang, wanita akan mengeluarkan darah nifas selama 40 hari. Oleh itu, berbengkung dapat mempercepatkan proses pengeluaran darah nifas.

5. Mengembalikan kedudukan peranakan

bengkung+bersalin+3+saat+razowa+tinispa

Kejatuhan peranakan boleh terjadi atas beberapa faktor iaitu kelahiran yang kerap, anak terlalu besar ketika bersalin, meneran untuk tempoh masa yang lama, obesiti. Hal ini kerana otot yang menyokong organ pelvis menjadi lemah sehingga tidak dapat menampung kekuatan rahim lantas ia mengelongsor turun. Jadi dengan berbengkung, ianya dapat mengembalikan kedudukan peranakan.

Jadi, itu adalah 5 kebaikan berbengkung. Haa tahu dah kan betapa pentingnya berbengkung ni dan juga kebaikannya. Ianya bukan sahaja untuk luaran tetapi juga dalaman para wanita di luar sana. Selamat berbengkung!

Seterusnya, saya nak memperkenalkan bengkung bersalin paling mudah digunakan iaitu Bengkung 3 Saat RAZOWA. Bengkung ini mudah dipakai sendiri, mudah ke tandas. Sesuai untuk bersalin secara Caesar dan normal kerana mudah dilaraskan. Material sangat selesa, sejuk dan serap peluh. Sesuai untuk saiz badan XS hingga 4XL.

Lihat cara pakai Bengkung 3 Saat di bawah. Mudahkan?

Bengkung 3 Saat Razowa boleh didapati di Tini’s Spa Shah Alam, Ampang dan Bangi, kedai bayi dan farmasi berdekatan anda dan secara online di www.razowa.com. Lihat testimoni pengguna di Instagram @razowamalaysia dan Facebook Razowa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *