Bertindak Sekarang! 10 Tips Kurus Untuk Anda Ikut

Nak tahu tips kurus? Semua orang ada berat badan ideal yang mereka idamkan.

Pasti anda dah cuba macam-macam cara nak kurangkan berat badan tapi bukan senang ya nak kurus. 

Ada yang kata kena kurangkan makan, ada juga yang kata tak perlu kurangkan makan.

Eh, yang mana satu yang kita nak ikut ni? 

Jangan risau, kali ini kami akan berkongsikan 10 tips yang memang berkesan untuk kurangkan berat badan anda secara semula jadi!

Tak perlu pening-pening lagi. 

Teruskan membaca!

10 Tips Kurus Yang Anda Mesti Ikut

Tips yang akan kami kongsikan ini adalah tips yang sangat mudah tetapi anda kena pastikan anda ikut.

Anda tak perlu risau sebab tips ini semua terbukti berkesan!

  1. Tambahkan Protein Dalam Diet

Bila bercakap tentang diet, protein merupakan raja nutrisi.

Badan anda akan bakar kalori apabila mencerna protein dan diet yang tinggi protein akan meningkatkan metabolisme sehingga 80-100 kalori sehari!

Dengan cara ini juga, anda akan cepat rasa kenyang dan selera makan akan berkurangan.

Walaupun hanya dengan langkah mudah seperti makan telur untuk sarapan pun ada kesan yang hebat! 

tips kurus
  1. Elakkan Makanan Yang Diproses

Makanan yang telah diproses biasanya mempunyai kandungan gula tambahan, lemak dan kalori yang tinggi.

Makanan yang diproses ini juga menyebabkan anda ingin makan dalam kuantiti yang banyak. 

Cuba tengok balik kali terakhir anda makan makanan yang diproses seperti sosej atau nuget, sedikit atau banyak anda makan sekali hidang?

  1. Kurangkan Pengambilan Gula 

Rasanya semua orang tahu keburukan gula yang berlebihan seperti sakit jantung, diabetes malahan kanser. 

Bukan sahaja dapat mengurangkan risiko daripada menghidapi penyakit malah ia membantu badan anda kurangkan berat badan!

Yang menjadikannya susah adalah gula tambahan yang tersorok dalam makanan yang diproses menyebabkan ramai tak sedar makanan tersebut mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Jadi, nak senang, elakkan makanan yang diproses dan kurangkan gula dalam masakan atau minuman.

  1. Minum Air Masak

Ya, benar. Minum air masak dapat membantu mengurangkan berat badan. 

Pembakaran kalori akan meningkat sebanyak 24-30% sejam selepas anda minum 0.5 liter air.

Minum air sebelum makan juga bantu badan anda mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan yang anda makan.

tips kurus
  1. Elakkan Kalori Cecair

Kalori cecair adalah kalori yang terdapat dalam minuman seperti minuman ringan, jus buah, susu coklat dan minuman tenaga.

Minuman seperti ini sangat buruk untuk kesihatan termasuklah meningkatkan risiko obesiti.

Kajian menunjukan peningkatan sebanyak 60% risiko obesiti dalam kanan-kanan yang meminum minuman ini setiap hari.

Anda perlu tahu yang otak anda tidak mengesan kalori cecair ini seperti kalori pejal jadi kesudahannya, anda hanya menambahkan kalori dalam badan tanpa otak anda sedar. 

  1. Tingkatkan Pengambilan Buah-buahan Dan Sayuran

Semua sudah maklum buah dan sayuran amatlah baik untuk kesihatan dan mampu bantu mengurangkan berat badan.

Kajian mendapati mereka yang makan lebih banyak buah dan sayur mempunyai berat badan yang ringan. 

Yang membuatkannya baik untuk mengurangkan berat badan adalah ketumpatan tenaga yang sangat rendah.

Ini memungkinkan anda untuk memakan buah dan sayur dengan kuantiti yang banyak dengan kalori yang rendah.

  1. Gunakan Pinggan Yang Lebih Kecil

Kajian mendapati jika anda menggunakan pinggan yang lebih kecil akan membantu anda kurangkan kuantiti makanan.

Hal ini kerana dengan menggunakan pinggan yang lebih kecil, ia memberi ilusi yang anda makan sama banyak atau lebih banyak daripada biasa.

  1. Makan Dengan Perlahan

Jika anda makan dengan laju, anda akan termakan lebih kalori sebelum badan anda sedar yang anda sebenarnya sudah kenyang.

Kunyah dengan perlahan dapat bantu anda makan kurang kalori dan meningkatkan hormon yang membantu mengurangkan berat badan.

  1. Berus Gigi Selepas Makan

Pelik bukan tetapi kebanyakan orang berus gigi selepas makan supaya terhalang rasa untuk sambung makan snek atau makanan tambahan lain.

Tambahan pula, makan selepas menggosok gigi akan mengubah rasa makanan dan ramai yang mengelakkannya.

  1. Dapatkan Tidur Yang Cukup

Tidur yang cukup ada banyak kebaikannya dan salah satunya adalah mengurangkan berat badan.

Kajian mendapati orang yang tidak dapat tidur yang cukup adalah 55% lebih cenderung untuk menghidapi obesiti.

Hal ini kerana kekurangkan tidur akan mengganggu hormon selera makan dan menyebabkan regulasi selera makan yang tidak sihat. 

Anda Juga Boleh Cuba Firming Cream Razowa!

tips kurus

Lagi satu cara yang mudah untuk anda cepat kurus adalah dengan menggunakan Saunami Firming Cream Razowa

Firming Cream ini berfungsi untuk membakar lemak berlebihan, membentuk badan, menganjalkan kulit dan memudarkan selulit.

Satu krim untuk semua manfaat di atas? 

YA! Dan yang lagi istimewa krim ini, ibu yang sedang berpantang juga boleh menggunakannya.

Anda juga boleh gunakannya setiap hari dan kalau nak lagi berkesan, gunakannya sebelum bersukan.

Lagi banyak anda berpeluh, lagi banyak lemak anda akan bakar!

Di Razowa, bukan firming cream saja yang ada, bengkung dan girdle pun ada. 

Bengkung 3 saat adalah kegemaran pembeli kerana dengan 3 saat je dah siap dah memakainya. 

Sesuai untuk ibu yang berpantang, wanita dan anak gadis yang ingin bentuk badan yang menawan.

Jika anda inginkan set penjagaan badan ala-ala spa, anda boleh dapatkan Homey Pedicure Set.

Scrub badan dan minyak urutan aromaterapi pun anda boleh dapatkan di Razowa.

Menarik bukan? 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *